GUA MUSANG: Penduduk di Kampung Jerek akhirnya lega apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.
Penduduk Mohd Fahmi Aziz Matsin, 25, berkata beruang matahari jantan itu disedari masuk ke dalam perangkap yang dipasang kira-kira 8.30 malam selepas terdengar dentuman kuat di belakang rumahnya.
"Waktu itu saya baru selesai menunaikan solat isyak dan lantas mencari punca bunyi dentuman dan sebaik menjenguk ke luar rumah, saya mendapati pintu perangkap beruang yang terletak di belakang rumah sudah tertutup.
"Saya terus memaklumkan kepada kakitangan Perhilitan yang tinggal di kampung ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Jerek hari ini.
Terdahulu, dilaporkan 3,000 penduduk di kampung terbabit resah untuk keluar rumah pada waktu awal pagi dan malam sejak dua bulan lepas setelah beberapa penduduk terserempak dengan haiwan liar terbabit.
Menurut Mohd Fahmi, pada waktu yang sama dia dapat mendengar bunyi haiwan itu menderam dan merempuh dinding perangkap tanpa henti.
Seorang lagi penduduk Sabariah Mohamed Sayuti, 43, berterima kasih kepada tindakan efektif daripada Perhilitan yang telah berkampung di penempatan mereka sebagai usaha menangkap dan menjejak beruang itu sejak sebulan lepas yang akhirnya membuahkan hasil.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani berkata operasi menangkap beruang terbabit sudah bermula pada 14 Ogos dengan memasang perangkap berhampiran sekolah, namun dipindahkan ke belakang rumah penduduk pada 5 Okt.
"Difahamkan ada dua ekor lagi beruang di kawasan ini dan saya menasihatkan kepada orang kampung supaya tidak memberanikan diri mendekati haiwan liar ini," katanya.
Beliau berkata kejayaan itu mencatatkan operasi penyelamatan beruang yang ketiga selepas penangkapan di Jeli dan Kuala Krai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Beruang matahari jantan itu disedari masuk ke dalam perangkap yang dipasang kira-kira 8.30 malam tadi. - Gambar/ Facebook Qaseh Atikah
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info nerkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Beruang matahari rosakkan kebun kelapa masuk perangkap
Haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang anggota Perhilitan selepas menerima aduan berhubung serangan hidupan liar itu pada 28 Februari lalu.
Peserta ternakan kelulut UMT rugi RM30,000 akibat serangan beruang matahari
Kejadian disedari oleh seorang daripada peserta kira-kira 8 pagi tadi ketika mahu membersihkan kawasan ternakan kelulut itu.
Penduduk gusar beruang masuk kampung
Seorang mekanik kereta di Kampung Padang Tapong dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang matahari di kawasan rumahnya pada malam Isnin.
Perhilitan Kelantan tangkap beruang matahari di Jeli
Beruang matahari tersebut merupakan seekor daripada dua yang dikesan berkeliaran di kampung tersebut sejak September lepas.
Lega beruang matahari masuk perangkap
Penduduk di Kampung Jerek akhirnya berlapang dada apabila seekor beruang matahari yang berkeliaran dan bersarang di situ telah masuk ke perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman N
Beruang itu bukan palsu! - Zoo England
Menurut Pusat Hidupan Liar Paradise yang terletak di Hertford-Shire, haiwan itu memang benar-benar beruang matahari.
Zoo China didakwa guna manusia menyamar beruang matahari
Netizen mencetuskan kontroversi dalam media sosial yang mendakwa beruang dalam zoo tersebut bukan haiwan sebenar tetapi manusia.
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Beruang matahari akhirnya masuk perangkap
Disangka anjing, rupanya beruang sesat masuk kampung
Penduduk di Kampung Jelutong, Malim Nawar dekat sini gempar apabila melihat seekor beruang matahari di kawasan berkenaan pada Jumaat.
Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.